|
Pelan Pemasaran Stormreaders
Sdn Bhd
ke Laman Utama
Pengenalan
Stormreaders Network Sdn Bhd
memasarkan produk-produknya yang berbentuk bahan-bahan ilmu yang
bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM
Affiliate Program). Program ini secara tidak langsung akan menggalakkan
pertumbuhan usahawan melalui perniagaan secara online dan rangkaian.
Keahlian
1. Keahlian boleh diperolehi melalui
pendaftaran dengan yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian
ini ahli akan memiliki:
- Kad Keahlian = RM30 (tahunan)
- Insuran
Takaful RM20,000
- Khairat Kematian RM3,000
- Sistem
e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)
- Kit
Permulaan Perniagaan = RM30
2. Setiap ahli yang telah
mendapatkan keahlian akan memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap
dengan produk-produk dan sedia untuk menerima tempahan secara online.
Ahli perlu membuat promosi untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan
seterusnya menjana pendapatan melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.
3. Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai rangkaian
pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’ dengan membuat
pembelian peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP
(RM300) dan seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya
sendiri.
4. Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’
dengan membuat penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan
Pengedar Baru’ dan seterusnya menjana pendapatan tambahan
melalui komisyen dan bonus rangkaian.
5. Ahli perlu mencapai
jualan bulanan minima bernilai 20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di
dalam rangkaian.
Jenis Pendapatan
Berikut adalah jenis-jenis
pendapatan yang telah disediakan oleh Stormreaders Network kepada
ahli-ahli:
1) Komisyen harian jualan e-Store peribadi,
2)
Bonus harian jualan e-Store rangkaian tajaan ahli,
3) Bonus
e-Store Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan eStore
Global.
4) Komisyen harian Jualan Peribadi,
5) Bonus
mingguan Jualan Kumpulan
6) Bonus bulanan Jualan Rangkaian
Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan bulanan
Rangkaian Global.
7) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan
8)
Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan Global
9) Tabung Umrah dan
pelancongan.
Penerangan Untuk Setiap Pendapatan
1.
Komisyen Jualan e-Store Peribadi (20% nilai jualan)
1.1.
Ahli membuat dan melengkapkan aktiviti jualan kepada pelanggan atau
belian peribadi pada e-Store miliknya, melayakkannya untuk mendapat
komisyen.
1.2. Komisyen yang diberikan oleh Stormreaders Network
adalah sebanyak 20% daripada nilai harga jualan yang telah ditetapkan
(katalog) dan akan dikira setiap hari.
1.3. Tiada had minima atau
maksima dan ahli layak memilikinya setiap hari selagimana aktiviti
jualan dan belian berlaku pada e-Store miliknya sendiri.
1.4.
Penghantaran akan dibuat terus dari pusat pengedaran Stormreaders
Network kepada pelanggan e-Store ahli dan status penghantaran boleh
disemak dengan menggunakan system yang telah disediakan.
2.
Bonus Jualan e-Store Tajaan (10% nilai jualan e-Store tajaan)
2.1.
Sebagai tambahan, ahli juga akan menikmati Bonus ‘overriding’
jualan atau belian yang berlaku pada e-Store di bawah rangkaian yang
telah ditaja sendiri, iaitu sebanyak 10%.
2.2. Ahli perlu
mencapai tahap jualan minima RM500 sekiranya ingin menikmati bonus ‘overriding’
ke atas semua e-Store tajaan ahli.
3. Bonus
e-Store Global (Perkongsian 5%)
3.1. Bonus e-Store
Global adalah perkongsian bahagian 5% daripada jumlah jualan seluruh
e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network.
3.2.
Setiap ahli yang berjaya mencapai tahap tertentu jualan e-Store layak
untuk memiliki bahagian-bahagian yang ditetapkan di dalam Bonus e-Store
Global dan akan dikira pada setiap hujung bulan.
3.3. Jumlah
bahagian perkongsian yang layak untuk ahli miliki adalah seperti yang
terdapat di dalam jadual di bawah.

Jadual Bonus eStore Global
4. Komisyen Jualan Peribadi (15% nilai mata jualan peribadi)
4.1.
Komisyen Jualan Peribadi adalah pendapatan hasil daripada usaha
memperkenal, menaja dan seterusnya membuat jualan peribadi kepada rakan
pengedar baru di dalam rangkaian.
4.2. Ahli perlu terlebih dahulu
maju kepada tahap ‘Rakan Pengedar’ untuk membolehkan ahli menaja ‘Rakan
Pengedar Baru’.
4.3. Tiada had minima atau maksima untuk
memiliki Komisyen Jualan Peribadi. Ahli layak memilikinya selagimana
ianya adalah usaha dan penjaan ahli sendiri.
5.
Bonus Jualan Kumpulan (15% nilai mata jualan kumpulan)
5.1.
Komitmen dan kerjasama di dalam perkhidmatan dan aktiviti jual beli di
dalam rangkaian membolehkan ahli untuk menjana pendapatan berterusan
melalui Bonus Jualan Kumpulan.
5.2. Ahli perlu terlebih dahulu
maju kepada tahap ‘Pengedar’ untuk menikmati Bonus Jualan Kumpulan
5.3.
Ahli layak menerima pendapatan mingguan daripada Bonus Jualan Kumpulan
sehingga kepada tahap maksima mingguan iaitu sebanyak RM4,500 atau 25%
daripada jumlah jualan harian syarikat.
5.4. Ahli perlu membina
dan memastikan sekurang-kurangnya 3 kumpulan aktif untuk mula menjana
Bonus Jualan Kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing mempunyai
gabungan mata (CP) minima 100CP:100CP:100CP dimana setiap 100CP membawa
nilai bonus 15bv (sila rujuk rajah Bonus Jualan Kumpulan).
5.5.
Setiap mata (CP) yang tidak bergabung akan dibawa kepada keesokan
harinya untuk digabungkan dan seterusnya menjana nilai bonus (bv)
sehingga kepada tahap maksima mingguan.
5.6. Baki 100CP:100CP
yang tidak bergabung pada setiap hujung minggu akan menerima bonus
perkembangan kumpulan iaitu 10bv untuk setiap gabungan.
5.7. Mata
(CP) yang tidak bergabung dan tidak melebihi 10,000CP (setiap kumpulan
besar, pertengahan dan kumpulan-kumpulan kecil) akan dibawa ke minggu
seterusnya.

100CP : 100CP : 100CP
* Gabungan mata
(100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian)
Gabungan mata (100CP:100CP) di
atas akan membawa nilai bonus 10bv (mingguan)
Rajah Bonus Jualan
Rangkaian
6. Bonus Jualan Rangkaian Global
(Perkongsian 3% GNRSV)
6.1. Bonus Jualan Rangkaian
Global adalah perkongsian bahagian 3% daripada jumlah jualan seluruh
rangkaian Stormreaders Network dan akan di kira setiap bulan.
6.2.
Setiap ahli yang telah berjaya maju dan mencapai kepada tahap
kepimpinan layak untuk memiliki perkongsian bonus ini mengikut nilai
perkongsian yang telah ditetapkan.
Sila lihat jadual di bawah:
Jadual Bonus Jualan Rangkaian Global
6.3. Jumlah perkongsian pada bulan-bulan seterusnya akan bergantung
kepada tahap pencapaian masing-masing pada bulan tersebut dan tidak
bergantung kepada tahap kepimpinan yang telah dicapai pada bulan-bulan
sebelumnya.
7. Bonus Kesetiaan Kumpulan (15%
nilai mata jualan bulanan kumpulan)
7.1. Setiap ahli
yang telah membina kumpulanya dan mencapai tahap kepimpinan akan
menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan setiap bulan selagimana kumpulan di
bawah kepimpinannya terus aktif mencapai tahap jualan minima bulanan
masing-masing (20CP).
7.2. Pendapatan maksima bulanan Bonus
Kesetiaan Kumpulan bergantung kepada Tahap kepimpinan yang telah dicapai
oleh ahli. Sila lihat jadual di bawah.
Jadual Bonus Kesetiaan Kumpulan
8. Bonus Kesetiaan Kumpulan Global (Perkongsian 3% GNMSV)
8.1.
Setiap ahli yang telah mencapai tahap kepimpinan dan berjaya
mengekalkan jumlah belian bulanan kumpulan, layak untuk menerima Bonus
Kesetiaan Kumpulan Global iaitu perkongsian 3% daripada jumlah belian
seluruh rangkaian global syarikat.
8.2. Jumlah perkongsian yang
layak dimiliki bergantung kepada jumlah belian bulanan kumpulan seperti
yang terdapat di dalam jadual di bawah:

9. Tabung Umrah & Pelancongan (Perkongsian 2% GNMSV)
9.1.
2% daripada jumlah jualan bulanan ulangan global akan dikumpulkan ke
dalam Tabung Umrah & Pelancongan ahli dan boleh digunakan untuk
mengerjakan umrah atau melancong.
|