|
Maklumat Korporat
ke Laman Utama
Kata-kata Aluan Pengasas Stormreaders Network
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan
limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan.
Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam
bidang syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap
perancangan dan perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu
meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan
seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca
dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam
keluarga Stormreaders. Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta
bertawakal, insya Allah segala impian dan cita-cita akan menjadi
kenyataan.
Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras
kepada kejayaan kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan
kehadiran anda mengukuhkannya…
Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada
tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk membina sebuah
rangkaian perniagaan yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang akan
bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh bersama-sama kita
berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu mewujudkan
sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!
“Waktu
adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi
sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi
kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan
rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika
digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu
adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu
untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba
didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”
Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan
kelengkapan yang telah disediakan di dalam Kit Permulaan Perniagaan ini
akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Tulus Ikhlas
Hj. Abdul Waharp Yusof
CEO, Pengasas
|